I made this widget at MyFlashFetish.com.

22 March 2011

tanda2 seorang lelaki menyayangi kamu....chewah!!!!

~ Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan

ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap

keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta

sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati

lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita

janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu

itu.



~ Jangan kamu anggap teman lelaki kamu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap

masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan

sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan

lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di

antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.



~ Cemburu! cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak

mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi

dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap

inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu

buta!

~ Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan

kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan

risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai

hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!



~ situasi di mana teman lelaki marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita

atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si

dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula

berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar

terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..



~ Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang

diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia

sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan

cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia

apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna

pada kamu.



~ Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila lelakimu berperangai tidak ubah seperti

anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada teman wanita. Si

lelaki mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang

lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk

memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki

sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja.

Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.love this a lot!!!

2 comments:



Daisypath Happy Birthday tickers